Pengintai2 Tegar!

MasaItuEmas!

14 February 2010

Lemas!

Salam,
Baru2 ini TeamTact telah memberi peluang kepada PERLU utk mengendalikan sebuah program anjuran UTeM bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor.
Kisah ini berlaku pada hari Sabtu tengahari,sewaktu kami sedang menikmati makan tengahari. Ketika ini, kami berada di tepi kolam mandi Camar Rimba dan kelihatan sekumpulan kanak-kanak dan remaja sedang bermandi-manda.

Tiba-tiba seorang staf UTeM menegur " eh! budak tu macam lemas jer...". Kami pun terus memandang, tetapi reaksi kanak-kanak itu tidak panik seperti orang sedang kelemasan. Hanya menepuk air 2-3 kali sahaja. Saya hanya melihat dan mengagak sama ada benar ataupun salah.
Biasalah kadang-kadang budak suka bergurau! Tetapi benar kata staf UTeM itu, budak itu benar-benar lemas! Selepas seorang remaja telah menarik budak itu ke darat, kelihatan muka budak itu pucat lesi. Lalu saya pergi kepada budak itu untuk melihat keadaannya. Syukur,budak itu masih lagi mampu bernafas dan sedar. Saya mengalih budak itu ketempat yang redup dan membentulkan posisi badan kepada'recovery position'.


Budak itu kembali bertenaga dan mampu untuk bangun dan berjalan ketempatnya.
Pengajaran ini cukup bermakna kepada saya, kerana perasaan was2 dengan kejadian ini. Jika ditakdirkan budak itu mati lemas, pastinya diri ini akan rasa bersalah kerana tidak bertindak!

Jadi, janganlah kita hanya tunggu dan lihat!
Klau budak2 yang kita cuba selamatkan itu main-main! Tampar jer! =p

4 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

bagus ajoi, tahniah...
malang tak berbau, kita kena sentiasa bersedia.

ajoy87NF said...

Thank U, dlm apa jua keadaan kita mesti alert....

Mohd Hazriq Abu Zarin said...

itu kt swimming pool ok lg..katakan lah kejadian yg sama(betul2 lemas) berlaku kt tasik atau sungai yg dlm atau laut yg bergelora, adakah anda sanggup membahayakan diri anda utk menyelamatkan mangsa yg lemas itu?
sanggupkah anda membiarkan budak itu lemas di depan mata anda?

ajoy87NF said...

Safety first la Labu~

King of Moped : Malaysian 135LC Community