Pengintai2 Tegar!

MasaItuEmas!

26 January 2011

Hari ke-4!!!

Al-kisah...
Sudah msk hari yg ke4 aku hidup tanpa Handphone.... Sebab dah msk hari ke4 lepas hp aku msk air! So, sudah msk hari ke4 aku xjawab msg @ call. Lastly, dah msk hari ke4 br ade insan yg sudi pinjamkn hp pd aku... Tp bukan pd hari ke4 ni aku boleh pkai hp tu coz chargernye aku kna la cari dan beli dahulu... So, kawan2 harap maklum yer~ (",)v

01 November 2010

KEmBaLI

Salam Semua,
Sudah sekian lama telah kutinggalkan blog ini bersawang, kini aku ingin kembali mengarang supaya blog ini tidak dibiarkan begitu saja...

14 February 2010

Lemas!

Salam,
Baru2 ini TeamTact telah memberi peluang kepada PERLU utk mengendalikan sebuah program anjuran UTeM bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor.
Kisah ini berlaku pada hari Sabtu tengahari,sewaktu kami sedang menikmati makan tengahari. Ketika ini, kami berada di tepi kolam mandi Camar Rimba dan kelihatan sekumpulan kanak-kanak dan remaja sedang bermandi-manda.

Tiba-tiba seorang staf UTeM menegur " eh! budak tu macam lemas jer...". Kami pun terus memandang, tetapi reaksi kanak-kanak itu tidak panik seperti orang sedang kelemasan. Hanya menepuk air 2-3 kali sahaja. Saya hanya melihat dan mengagak sama ada benar ataupun salah.
Biasalah kadang-kadang budak suka bergurau! Tetapi benar kata staf UTeM itu, budak itu benar-benar lemas! Selepas seorang remaja telah menarik budak itu ke darat, kelihatan muka budak itu pucat lesi. Lalu saya pergi kepada budak itu untuk melihat keadaannya. Syukur,budak itu masih lagi mampu bernafas dan sedar. Saya mengalih budak itu ketempat yang redup dan membentulkan posisi badan kepada'recovery position'.


Budak itu kembali bertenaga dan mampu untuk bangun dan berjalan ketempatnya.
Pengajaran ini cukup bermakna kepada saya, kerana perasaan was2 dengan kejadian ini. Jika ditakdirkan budak itu mati lemas, pastinya diri ini akan rasa bersalah kerana tidak bertindak!

Jadi, janganlah kita hanya tunggu dan lihat!
Klau budak2 yang kita cuba selamatkan itu main-main! Tampar jer! =p

10 September 2009

Awat dok tepi jalan???



Begitulah kelihatan sebuah motosikal yg terpaksa dok ditepi jalan sementara menunggu bantuan tiba. Hari Selasa, merupakan hari pertama aku g kuliah pada minggu ini kerana ari Isninkan cuti...
Jadi aku dgn rasa semangatnya telah pergi kelas awal dr ari2 seblumnya, tapi dgn izin tuhan moto plak bwat hal.
Terpaksala aku call pensyarah yg mengajar tu ttg ape yg terjadi...



Untuk mengelakkan kelewatan ke kelas, aku memutuskan utk parking motor kat tmpt parking motokar! Pas kelas tu br la panggil pomen mai pi perbaik motor aku...
Harga tukar spoket 1 set rm58, sebab pggil depa mai msk dlm dia aku charge rm68! =p



Begitulah ranjau kehidupan sbgai seorang pelajar kena plak bulan puasa, sabar je la...
Cobaan..
King of Moped : Malaysian 135LC Community