Pengintai2 Tegar!

MasaItuEmas!

10 September 2009

Awat dok tepi jalan???



Begitulah kelihatan sebuah motosikal yg terpaksa dok ditepi jalan sementara menunggu bantuan tiba. Hari Selasa, merupakan hari pertama aku g kuliah pada minggu ini kerana ari Isninkan cuti...
Jadi aku dgn rasa semangatnya telah pergi kelas awal dr ari2 seblumnya, tapi dgn izin tuhan moto plak bwat hal.
Terpaksala aku call pensyarah yg mengajar tu ttg ape yg terjadi...



Untuk mengelakkan kelewatan ke kelas, aku memutuskan utk parking motor kat tmpt parking motokar! Pas kelas tu br la panggil pomen mai pi perbaik motor aku...
Harga tukar spoket 1 set rm58, sebab pggil depa mai msk dlm dia aku charge rm68! =p



Begitulah ranjau kehidupan sbgai seorang pelajar kena plak bulan puasa, sabar je la...
Cobaan..

07 September 2009

Berbuka lg kini bersama classmate SR113

Pada hari ahad lepas, seblum aku nak blk shah alam. Ijat selaku organizer, telah tepon aku utk pg berbuka bersama di restoran flaming di Sunway.

Pada mulanya mcm malas jer nak pg, tp member dah call ape nak bwat... Lg pun berbuka dgn member lame,best gak!

Bayaran yg dikenakan utk satu org xlah mahal sgt setakat RM21, tp belum kna tax lg tau...
hehehe...

Suasana tempat tu mmg crowded ar! tp makanan sentiasa ditambah xpnah abes. Pastu klau korg nak mkn ape2 mkn la sampai terbaring! hahaha...

Kitorg mknan sepuas2nya sampai pkul 9mlm bru blk. Nak tau kitorg makan pe? kitorg makan steamboat, pelbagai jenis lauknyer xtau nak sebut, nasi goreng cina,dessert-aiskrim ngan hot coklat, ada marshmallow, laicheekang dan air mcm2 same kat bazar Ramadhan mane2 korg pg. hahaha...


Bg aku mmg puas hati ar.... tp kna booking dulu....



30 August 2009

Majlis Berbuka!

Assalamualaikum...

Pada 28 Ogos, PERLU telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dan meraikan hari jadi En.Hisyam. Saya dgn perasaan gembiranya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yg hadir! Xsangka alumni2 pun dpt hadir sama bg memeriahkan majlis tersebut. Ada gak yang datang dari jauuuuuuh.....

Bg staff dan para jemputan yg hadir juga diucapkan terima kasih yg xterhingga kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Kepada sponsor2 yg menyumbangkan juadah yg enak dan lg lazat serta diserikan lg dgn donat big apple. Terima kasih daun keladi la eyh...(Nnt kita bwat majlis berbuka puasa ari2 la plak!)

Mungkin pada masa yg akan dtg kita bleyh bwat wayang pacak dan main semula gambar aktiviti kita semua. Aktiviti ini mgkin akan lebih menarik dan melibatkan memori suka duka kita semua. Insyaallah...

Keesokan harinya, saya telah pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga untuk kali pertama bg Ramadhan ini. Perjalanan yg memakan masa selama 2jam lebih tidak lah begitu memenatkan kerana pada hari tersebut banyak kenderaan yg membanjiri jalanraya. Macam dah rayer la plak! Seronok tgk keta bebyk....

Hari tersebut agak istimewa juga kerana kami sekeluarga dan juga atok dan nenek pg berbuka diluar disekitar MiTC Melaka disalah sebuah hotel disitu. Banyak juadah disediakan, xtau nak makan ape. Semalam dah pulun, arini nak pulun aper lagi? Ini mcm kalo ari2, naiklah berat badan kisahnyer....

Begitulah kalo dah bulan Ramadhan, nafsu makan jer yg tinggal. Syaitan sumer dah kena ikat cuma nak lawan nafsu diri jer...
Mampu xmampu? Tepuk dada tanya Iman.

Sekian....

21 August 2009

Final Camp Pulau Kapas!



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dpt menyempurnakan program final camp yg ke-2 sy dgn jayanya. Program ini diperkasakan lagi dgn peserta yg berpengalam yg rata2 dtg dr pelajar ex-diploma dan juga pelajar matang dr plk-pdrm dan e-pjj.
X cukup dengan pelajar yg berpengalaman, tetapi barisan pensyarah yg hadir xlain xbukan En.Hisyam Che Mat, En.Ali Kimik dan En.Din yg byk memberi info dan tunjuk ajar secara langsung dan tidak langsung.





Xlupa juga kpd Instructor Perlu yg membantu dlm segala hal dan juga kpd yg sudi meninggalkan kerja dan cuti @ atau tutup opis utk ke Final camp. hahahahaha....
Kepada staf FSR, trima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami di pulau dan turut serta mengikuti aktiviti kami, contohnya Kak Rock!(Rokaiah), Kak G(Fauziah),En.Mat dan Cik Zata sebagai penyeri dan jurukamera. =P


Bg sy, camp kali ini mmg diluar dugaan sy. Cukup mudah,tanpa tekanan, hepi, lancar dan satu perkara yg semua org xboleh tipu iaitu MENGANTOK!


Biasa la,aktiviti yg memerlukan komitmen yg tinggi untuk sepanjang hari, mmg la kurg rehat. Asam garam kehidupan atau begitu la lumrah kehidupan apabila berdepan dengan tanggungjawab yg melibatkan masa,keselamatan,aktiviti,dan pengurusan diri serta disiplin. Dan yg penting persiapan fizikal dan mental serta niat dihati perlulah ikhlas.

Setiap hari dalam kepala sy selalu beringat agar berwaspada dr melakukan kesilapan, kerana kecuaian membawa padah! hehehe...
Sepanjang aktiviti, sy menikmati semua aktiviti dengan berkomunikasi dgn ahli kumpulan dimana kami saling berkongsi pendapat dan merancang pergerakan dgn teliti. tapi langit xselalunya cerah, ada juga kesilapan diluar duga berlaku.
Suka,duka,tangis,tawa,seram,sedih semua dikongsi dlm slot post moterm. Inilah pengalaman yg xdpt dibeli dgn apa2 dibumi ini.

Apa yg penting.... Enjoy!!!

05 August 2009

sabarlah sahabatku sekalian....

Apalah nasib badan....
mula2 proposal xlulus, pastu dah 3kali antar br lulus...
segala appoinment dah diuruskan,
tapi nak bwat mana?!!!
dah lulus pun tarikh dah dekat sgt, tggal brape ari je lg...
Nak minx kenderaan mcm mana!!
Jd terpaksalah kami tunda ke tarikh yg sgt2 xbest...
Iaitu, pada hari raye yg ke5...
hahaha...
Padan muka kami...
Kepada kawan2 jgn la kita berputus asa yer!!!

16 July 2009

Sem 3, Sem Padat!

Bermula kelas pada mggu lepas, telah byk benda kami dah kena bwat perancangan dan perbincangan.
Syukur ke hadrat Illahi krn ahli kelas kami saling bekerjasama dan kerjasama dari kelas part 3 lame pun amat baik!
Selain itu, gandingan kelas elektif 1 n 2 pun turut menambah tanggungjawab besar utk menjayakan projek yg bkl dijalankan nnt.
Mmg besar hrpn kami utk menjayakan kesemua projek dgn sempurna dan berjaya.
Sokongan dr teman2 seperjuangan amat diperlukan dan dihargai...
Especially dr geng Kenyir! hehehehe....

17 June 2009

Laguku Untuk Korang.....


Miak Serawak- Bapak Mek Datang


Bapak kamek udah datang

Owh rindunya hati kamek

“bapak mek datang ngembak buah pisang
dimakan kamek sorang nun ditelok elang”(2x)
“bapaknya datang ngembak buah pisang
dimakan sorang-sorang nun ditelok elang”(2x)

“lalalala..sungguh lokeknya dia
nisik ngembak kita makan bersama”(2x)

embek-embek gambong menandok batang pisang
“emak kamek rang kampung,bapak kamek rang datang”(2x)
embek-embek gambong menandok batang pisang
“emaknya orang kampung,bapaknya orang datang”(2x)

“lalalala..patut olah tingkahnya
nisik macam olah kita semua”(2x)


air pasang medok,timbol palak bekut
hai datanglah pak aji ngembaklah tok janggut (2x) ulang

jaga-jaga,kitak si bujang kerak,iboh dolok nak lanji dan berlagak
jaga-jaga kitak si bujang kerak,pisok tajam tok janggut ada ngembak(2x)

bapaknya datang ngembak buah pisang
dimakan sorang-sorang nun ditelok elang

embek-embek gambong menandok batang pisang
emaknya rang kampung,bapaknya orang datang

air pasang medok,timbol palak bekut
hai datanglah pak aji ngembaklah tok janggut(2x)

16 June 2009

Menjelang scuba...

Salam,
Sy dan ahli PERLU (moya,Nyenyek,diela,sham,shuk) telah ke stor utk memeriksa peralatan scuba.
selepas pemeriksaan peralatan selesai, kami pun memilih set scuba masing2.
Huh... Alangkah seksanya sy utk menyarung scuba sut tu...
Klau kna ngan saiznyer xpe gak! ni, kna tukar plak ngan saiz yg lbih kecil sdikit.
Kerana dibahagian atasnya longgar la pulok!
Kali ni pilih booties, pun same....
Nak sarung ketat, tp ujungnya longgar!
Apelagi, tukar lah jawabnyer...
Ni lah kesan proses pengembangan bdn...
hehehe...

14 June 2009

Kini Aku Sudah Berpindah......

akuKini sudah berpindah ke Tampin,Negeri Sembilan....

Pas ni akuKini akan tukar slanga...
Eden da jadi org Nogoie 9.....
hehehehe....

Namo tompek den namo eyh Taman Minang!
Dokek jo ngan Pokan Tampin!
Peh ni cr den kek Alor Gajah mmg xdo la...

12 June 2009

Impian Tercapai Sudah....

Setelah sekian lama, masanya telah tiba. Hari yg dinanti telah pun berlalu dan menjadi suatu kenangan yg terindah buat saya sekeluarga dan juga teman seperjuangan yg lain. Tahniah semua dan terima kasih kepada semua pendidik dan staff yg terlibat.


Perasaan gugup dan gementar pun ada gak sbb xtau nak ckp ape ngan Tan Sri, nasib baek dia wish dulu... hehehe...



Mak dan Abah, terima kasih!
Tanpamu siapa akuKini!

Bro John! Sori xpat nak tlg aritu....
Anyway, Dah msk metro aritu kira ok la..
Kem slm org kg eyh!









Mr Azlan..


Aksi Kawan2ku di Dewan Sri Budiman........



Geng Buaya Sangkut! hehehe...



Kurt @ Ismail


Dila...






Lenny & Yana.............


Antara yg hadir...




Huhuhu... mmg byk gmbr yg aku captured aritu.... (",)v


My Bro Hafiz @ Along - My Family with my Atok. -


MyLilBro Hariz N Zura My LilSista...


Terima Kasih Semua!!!

22 May 2009

Makan Jer Korg Tau!!!

ADAB MAKAN YANG DILUPAKAN!!!

Sesungguhnya pada diri Rasulullah r terdapat suri tauladan yang baik bagi kita, maka alangkah ruginya jika kita meninggalkan atau melupakan Sunnah Rasul r tersebut, yang didalamnya terkandung banyak kebaikan, Padahal kebaikan itu datangnya dengan cara mengikuti apa yang docontohkan oleh Rasulullah r dan para Sahabatnya . Dan salah satu teladan yang baik pada diri Rasulullah r adalah adab beliau r ketika makan.

Seringkali kita jumpai pada kaum muslimin cara-cara makan yang tidak sesuai dengan etika yang telah docontohkan oleh Rasulullah SAW, mungkin karena ilmu belum sampai kepada mereka atau karena malas dan mungkin karena enggan melakukannya. Adapun adab-adab makan yang sering dilupakannya itu adalah sebagai berikut:

1. Makan berjama’ah

Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadits berikut:

’Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, niscaya akan mengandung berkah bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Hadits ini dikabarkan oleh Rasulullah r berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata: Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata: “Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.”

Hadits di atas memerintahkan kepada kita agar setiap kali makan supaya berkumpul melingkar pada satu nampan makanan dan tidak makan sendiri-sendiri, sebab makan sendiri-sendiri itu disamping akan membuat masing-masing orang yang makan itu tidak akan kenyang (seperti kata shahabat di atas) juga tidak mendapatkan berkah/kecukupan. Karena kecukupan itu akan diperoleh dengan makan bersama, meskipun jumlah peserta hidangan bertambah, sebagaimana kata Nabi r: “Makanlah berjama’ah dan jangan bercerai-berai, sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang”.

“Sesungguhnya makanan satu orang itu cukup untuk dua orang makanan dua orang cukup untuk tiga atau empat orang dan makanan empat orang cukup untuk lima atau enam orang. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 895).

2. Makan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah[1] (nampan) dan di atas hamparan.

Makan berjama’ah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah adalah salah satu sunnah Nabi r yang harus diikuti, sedangkan makan diatas meja dengan menggunakan Sukurrajah adalah cara makan yang harus dihindari. Anas bin Malik t berkata: “Nabi r tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Syamail, shahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).

Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan karena mereka (Rasulullah dan para shahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau karena makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (al-Fath 9/532).

3. Mengambil suapan yang jatuh.

Nabi r berkata: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) setan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

Hadits ini mengajarkan kepada kita agar tidak menyia-nyiakan makanan yakni dengan tidak membiarkan makanan yang jatuh untuk dimakan setan.

4. Menjilati makanan dan shahfah.

“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/serbet hendaklah ia menjilati tangannya, karena seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandung berkah untuknya, sesungguhnya setan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru hingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shohfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, karena sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkah. (Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkah, sedang dia tidak mengetahui apakah berkah itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Untuk itu hendaklah ini menjaga semua itu agar selalu mendapatkan berkah. (Fathul Bari 9/578).

5. Mengusap makanan dengan mindil[2]

Nabi r bersabda “Janganlah mengusap tangannya dengan mindil hingga menjilati tangannya..”

Hadits ini mengisyaratkan kepada kita agar setiap selesai menjilati tangan agar mengusapnya dengan serbet, bukan dengan selainnya seperti dengan handuk atau tisue (kertas tipis). Ibnu Hajar berkata: “Hadits diatas berisi larangan bagi orang yang mempunyai serbet tapi tidak mengusap tangan dengannya dan juga berisi larangan terhadap orang yang menggunakan selainnya. (Fathul Bari 9/557).

6. Berkumur-kumur setelah makan

“Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami, Sufyan telah menceritakan kepada kami: “Aku telah mendengar Yahya bin Said dari Busyair bin Yasar dari Suwaid bin Nu’man berkata: “Kami keluar bersama Rasulullah ke Khaibar. Tatkala kami sampai di Shahba, Nabi mengundang makan, dan tidak dihidangkan makanan kecuali gandum, maka kami makan (bersama). Kemudian beliau berdiri untuk menjalankan shalat, maka beliau berkumur-kumur, dan kamipun berkumur-kumur. (HR. Bukhari no. 5445 dalam al-Fath 9/576).



[1] Qash’ah adalah piring besar untuk makan sepuluh orang sedangkan Shahfah adalah piring besar untuk makan lima orang (Syama’il Muhammadiyah, bab. Cara makan Nabi r). Adapun Sukurrajah adalah piring kecil yang biasa dipakai untuk memberi makan anak kecil. (Fathul Bari 9/532).

[2] Mindil adalah kain yang dipakai untuk mengusap tangan selesai makan dan bukan kain yang dipakai untuk mengusap badan selesai mandi. (Fathul Bari 5/577).

maklumat rujukan- adab makan.

17 May 2009

SAS 09

SULTAN AHMAD SHAH INTERNATIONAL
ECO CHALLENGE 2009




GAMBAR SEPANJANG PERJALANAN PROGRAM SEBAGAI MARSHALL....


SEPANJANG PROGRAM BYK PENGALAMAN BARU DAN KEINDAHAN ALAM
DAPAT DINIKMATI
TERASA SANGAT BYK PERBEZAANNYA.


Bersama wartawan dr Kuantan.

Sekian utk hari ini.....
























Atas permintaan seseorang...




22 April 2009

''YOU OUT!!!''

Dalam minggu ini saya telah menjadi 'umpire base' untuk sukan sofbol MSSMN Melaka yg bermula sejak awal minggu ini.
Inilah pengalaman baru bg saya menjadi 'umpire' utk peringkat negeri ini. Sebelum ini sekadar perlawanan persahabatan saja.
Ayat yg sering saya ucapkanlah "runner, you out!!" dan kelihatanlah muka pemain yg kehampaan kerana gagal sampai ke '1st base'. Begitu jugalah dgn gembiranya apabila mendgr perkataan 'save' krn berjaya sampai ke 'base'.
Selain itu, byk ragam pemain dan cikgu2 yg dpt sy perhatikan sekitar perlawanan berlgsung...
ada yg terlampau 'xcited' sehingga menimbulkan prasaan mrh dkalangan cikgu2 yg br nak berjinak2 dgn sukan ini. hehehe....
Mmg seronok, ttp tempiasnya kena pd 'umpire plate' (ketua pengadil gelanggang) jd terpaksalah dia menenangkan keaadaan....
Begitulah agaknye yg bakal berlaku utk esok lusa.... perlawanan ini akan berlangsung sehingga hari jumaat ini... Sekian....

19 April 2009

Toyol? ade ke?


Alkisah kat kg aku ni dah 2 bulan kes brg berharga hilang...
Tp xda siapa yg tau saper dalangnyer...
aku br tau ptg td sebab makcik aku swoh cr ikan puyu.
ape kaitan ikan puyu plak erk?
hurmmm....
Duit dlm peti yg berkunci pun bleyh ilg, pelik ar!??
Diorg kate ni keje toyol, sbab jiran2 pun kena skali...
Saper ade cadangan???

08 April 2009

Oh! Pulau Tioman...

Salam Semua...
Saya ke Pulau Tioman bukanlah utk tujuan bercuti sebenarnya, ttp utk melakukan sedikit kerja atau persiapan utk Sultan Ahmad Shah Echo-Challenge yg akn berlangsung pd bulan Mei tdk lama lg.
TeamTact telah mempelawa sy bg membantu utk persiapan bg pihak Marshal. Disini ada sedikit tatapan sepanjang xtvt disini..

Pemandangan yg indah....




Sempat juga bergambar
dgn pokok gergasi neyh...


Monyet ni bleyh dkat ngan aku jer...
Klau ngan Shawn jer, bkn main takut
lg monyet neyh!
HAHAHAHAHA!!!!






ini je yg sempat utk disiapkan, tggu la klau snang nnt bleyh la update lg... =)



05 April 2009

Penangan Janda Baik!

Salam semua....
Ni nak kongsi crita ckit, nak tau xbetapa pentingnyer sepasang kasut dan stoking yg anda skrg?
Mesti anda semua dah tahu! Tp, mgkin anda seringkali akan terlupa hakikat sepasang kasut ni.
Salah sorg drp org itu adalah diri saya sendiri.
Alkisah, tanggal 30hb Mac 09.......
Seperti kebiasaan, setelah slesai program kami akn kmas semua brg,basuh grondsheet,dan lain2 lg. Sewaktu nak basuh groundsheet, saya dah buka kasut sebab nak masuk kolam. Pada waktu yg sama saya juga kerap turun naik kolam nak berjalan ketempat lain....
Setelah selesai, trasa kaki kanan ni gatal plak! Ape hal? Kena sengat ke? Bila plak Kena ni? Mmg xsdar dan xtahu ape yg dah gigit/sengat kaki ni. Kesan pada waktu mlm pd hari kejadian cuma terasa bisa dan sdikit sakit serta kurang selesa.
Esok nya plak! Bengkak terus...
Sebelum menjadi masalah yg serius, saya pun mengajak seorg teman bernama Syam utk ke klinik. Satu injection telah diberi dan disertakn dgn ubat2nya.
Pergh! Lega skit, hrp2 esok lusa ok la ni...
Sejam dua selepas tu, saya pitam di workshop... Dengan keaadan cuaca yg panas dan keadaan kaki sakit atau kesan drp injection doktor td mgkin menjadi sebab daya tahan tubuh menjadi lemah.
Terpaksa la Si Syam ni tepon merata sebab nak minta tolong hantar saya blk ke rumah. Syukur la Angah sanggup luang masa untuk tolong.
Sampai rumah terpaksa la rest atau lebih senang lagi TIDO....

ITULAH PENANGAN JANDA BAIK UNTUK SATU PERINGATAN YG BERMAKNA

MORALNYA: 1.PAKAI LA KASUT DIMANA JUA ANDA BERADA TAPI BIAR BERTEMPAT.
2.SENGATAN BINATANG TERTENTU ADA BANYAK KESANNYA.
3.JANGAN MENYESAL BILA KENA... hihihi..
4.INGAT LA SELALU KATA2 KERAMAT NI....
SAFETY,SAFETY,SAFETY!
SEKIAN UNTUK SEMUA

11 March 2009

Oh Final Camp.....

Salam Perlu...
Kepada semua ahli PERLU diharap semua dapat membantu menjayakan Final Camp yg akan diadakan tak lama lagi. Tak lupa juga kepada alumni, semoga kalian dapat membantu dan memberi sedikit sumbangan idea, sokongan, tenaga, dan apa jua yg termampu kepada program ini. Kepada yang terlibat nanti, bersama-samalah kita menjayakan program ini dengan berjaya dan penuh dedikasi.
King of Moped : Malaysian 135LC Community