Pengintai2 Tegar!

MasaItuEmas!

14 February 2010

Lemas!

Salam,
Baru2 ini TeamTact telah memberi peluang kepada PERLU utk mengendalikan sebuah program anjuran UTeM bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor.
Kisah ini berlaku pada hari Sabtu tengahari,sewaktu kami sedang menikmati makan tengahari. Ketika ini, kami berada di tepi kolam mandi Camar Rimba dan kelihatan sekumpulan kanak-kanak dan remaja sedang bermandi-manda.

Tiba-tiba seorang staf UTeM menegur " eh! budak tu macam lemas jer...". Kami pun terus memandang, tetapi reaksi kanak-kanak itu tidak panik seperti orang sedang kelemasan. Hanya menepuk air 2-3 kali sahaja. Saya hanya melihat dan mengagak sama ada benar ataupun salah.
Biasalah kadang-kadang budak suka bergurau! Tetapi benar kata staf UTeM itu, budak itu benar-benar lemas! Selepas seorang remaja telah menarik budak itu ke darat, kelihatan muka budak itu pucat lesi. Lalu saya pergi kepada budak itu untuk melihat keadaannya. Syukur,budak itu masih lagi mampu bernafas dan sedar. Saya mengalih budak itu ketempat yang redup dan membentulkan posisi badan kepada'recovery position'.


Budak itu kembali bertenaga dan mampu untuk bangun dan berjalan ketempatnya.
Pengajaran ini cukup bermakna kepada saya, kerana perasaan was2 dengan kejadian ini. Jika ditakdirkan budak itu mati lemas, pastinya diri ini akan rasa bersalah kerana tidak bertindak!

Jadi, janganlah kita hanya tunggu dan lihat!
Klau budak2 yang kita cuba selamatkan itu main-main! Tampar jer! =p

10 September 2009

Awat dok tepi jalan???



Begitulah kelihatan sebuah motosikal yg terpaksa dok ditepi jalan sementara menunggu bantuan tiba. Hari Selasa, merupakan hari pertama aku g kuliah pada minggu ini kerana ari Isninkan cuti...
Jadi aku dgn rasa semangatnya telah pergi kelas awal dr ari2 seblumnya, tapi dgn izin tuhan moto plak bwat hal.
Terpaksala aku call pensyarah yg mengajar tu ttg ape yg terjadi...



Untuk mengelakkan kelewatan ke kelas, aku memutuskan utk parking motor kat tmpt parking motokar! Pas kelas tu br la panggil pomen mai pi perbaik motor aku...
Harga tukar spoket 1 set rm58, sebab pggil depa mai msk dlm dia aku charge rm68! =p



Begitulah ranjau kehidupan sbgai seorang pelajar kena plak bulan puasa, sabar je la...
Cobaan..

07 September 2009

Berbuka lg kini bersama classmate SR113

Pada hari ahad lepas, seblum aku nak blk shah alam. Ijat selaku organizer, telah tepon aku utk pg berbuka bersama di restoran flaming di Sunway.

Pada mulanya mcm malas jer nak pg, tp member dah call ape nak bwat... Lg pun berbuka dgn member lame,best gak!

Bayaran yg dikenakan utk satu org xlah mahal sgt setakat RM21, tp belum kna tax lg tau...
hehehe...

Suasana tempat tu mmg crowded ar! tp makanan sentiasa ditambah xpnah abes. Pastu klau korg nak mkn ape2 mkn la sampai terbaring! hahaha...

Kitorg mknan sepuas2nya sampai pkul 9mlm bru blk. Nak tau kitorg makan pe? kitorg makan steamboat, pelbagai jenis lauknyer xtau nak sebut, nasi goreng cina,dessert-aiskrim ngan hot coklat, ada marshmallow, laicheekang dan air mcm2 same kat bazar Ramadhan mane2 korg pg. hahaha...


Bg aku mmg puas hati ar.... tp kna booking dulu....



30 August 2009

Majlis Berbuka!

Assalamualaikum...

Pada 28 Ogos, PERLU telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dan meraikan hari jadi En.Hisyam. Saya dgn perasaan gembiranya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yg hadir! Xsangka alumni2 pun dpt hadir sama bg memeriahkan majlis tersebut. Ada gak yang datang dari jauuuuuuh.....

Bg staff dan para jemputan yg hadir juga diucapkan terima kasih yg xterhingga kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Kepada sponsor2 yg menyumbangkan juadah yg enak dan lg lazat serta diserikan lg dgn donat big apple. Terima kasih daun keladi la eyh...(Nnt kita bwat majlis berbuka puasa ari2 la plak!)

Mungkin pada masa yg akan dtg kita bleyh bwat wayang pacak dan main semula gambar aktiviti kita semua. Aktiviti ini mgkin akan lebih menarik dan melibatkan memori suka duka kita semua. Insyaallah...

Keesokan harinya, saya telah pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga untuk kali pertama bg Ramadhan ini. Perjalanan yg memakan masa selama 2jam lebih tidak lah begitu memenatkan kerana pada hari tersebut banyak kenderaan yg membanjiri jalanraya. Macam dah rayer la plak! Seronok tgk keta bebyk....

Hari tersebut agak istimewa juga kerana kami sekeluarga dan juga atok dan nenek pg berbuka diluar disekitar MiTC Melaka disalah sebuah hotel disitu. Banyak juadah disediakan, xtau nak makan ape. Semalam dah pulun, arini nak pulun aper lagi? Ini mcm kalo ari2, naiklah berat badan kisahnyer....

Begitulah kalo dah bulan Ramadhan, nafsu makan jer yg tinggal. Syaitan sumer dah kena ikat cuma nak lawan nafsu diri jer...
Mampu xmampu? Tepuk dada tanya Iman.

Sekian....
King of Moped : Malaysian 135LC Community